Nadiya Nisaa Bukan Mahu Demand



MEMENANGI pelakon pembantu wanita terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) 27 baru-baru ini bukan tiket bagi pelakon Terbaik Dari Langit ini meletakkan harga lebih tinggi dalam kariernya.

Akui Nadiya Nisaa, kerana tidak demand jugalah dia berada di tahap itu sekarang.

“Kalau tidak kerana Terbaik Dari Langit, mungkin saya tidak berada di sini.

“Walhal filem itu hanyalah sebuah filem bajet yang bayarannya sederhana sahaja.

“Jika saya memilih atau demand pasti saya tidak memenangi trofi ini,” katanya.

Jelasnya, meskipun selepas memenangi trofi itu melayakkan dirinya untuk meletakkan status sebagai pelakon di tahap lebih tinggi tetapi baginya dia masih sama seperti pelakon-pelakon lain.


“Kemenangan ini kerana kerja keras kita, mungkin sisi lakonan saya lebih baik daripada yang dicalonkan pada FFM lalu.

“Apa pun, saya bersyukur kerana penat lelah saya dan pengorbanan yang dilakukan berbaloi,” ujarnya.

Selain itu, pelakon yang popular menerusi drama Adam dan Hawa ini memberitahu, dia bagaimanapun akan terus memilih karya-karya terbaik untuk dilakonkan.

“Saya bukan seorang yang suka bermain harga sebaliknya jika karya itu bagus, saya tidak kisah menerimanya.

“Tetapi bukanlah bermakna orang boleh mengambil kesempatan kepada saya dengan menawarkan sesuatu yang sangat rendah, asalkan ia setimpal, sudah cukup.

“Sama seperti Terbaik Dari Langit, walaupun bayaran ok tetapi saya tertarik kerana karyanya yang sangat hebat, malah karakter yang diberikan kepada saya juga antara sebab saya terlibat dalam filem itu,” katanya.

Previous Post Next Post