Adele dilihat semakin bergaya ketika ditemui pada sebuah majlis di New York Isnin lalu.
SELEPAS tiga tahun sepi daripada dunia muzik, Adele muncul dengan single lagu baharu, Hello, sehingga meraih perhatian dunia.
Menurut laporan Dailymail, selain mendapat perhatian kerana lagu baharu yang hebat, penyanyi itu juga turut tampil dengan imej lebih langsing dan bergaya.
Perkara itu jelas dilihat apabila Adele muncul pada sebuah majlis di New York Isnin lalu, dia tampil penuh elegan dan klasik dengan menggayakan gaun hitam bersama kasut tinggi.
Berbeza denga penampilannya sebelum ini yang lebih berisi dan dilihat kurang keyakinan diri.