Park Seo Joon Tiada Pembantu Rumah


Park Seo Joon lebih gemar melakukan kerja rumah sendiri tanpa bantuan pembantu rumah.

PELAKON Park Seo Joon mendedahkan dia tidak mempunyai pembantu untuk menguruskan kebersihan rumahnya kerana lebih suka melakukan kerja tersebut sendiri.

Malah kata Seo Joon dia menganggap mengemas rumah sebagai satu terapi diri apabila berasa bosan dan keseorangan.

"Apabila saya berasa sunyi saya akan mengemas rumah dan saya tidak perlu pembantu untuk membantu saya melakukan kerja tersebut.


"Malah sebelum datang ke acara ini saya sempat mencuci pinggan dan ia adalah aktiviti kegemaran saya," katanya yang sedang giat mempromosikan drama bersiri terbaharunya, She Was Pretty.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pasangan hidup, Seo Joon berkata, buat masa ini dia tidak memikirkan perkara itu kerana sibuk dengan kerjaya seninya.

Malah kata Seo Joon, dia tidak pasti bila dia akan bertemu dengan pasangan hidup yang sesuai dengannya sehingga pernah berasa putus asa untuk bercinta.

"Karier adalah keutamaan saya sekarang dan percintaan itu saya sendiri tidak tahu kerana sekarang bukan masa yang sesuai," katanya.

Previous Post Next Post