Fahrin Ahmad Nafi Desak Isteri Berhenti Kerja



Umum mengetahui bahawa pengantin baru ini memang manis sungguh bersama namun dalam pada itu, Fahrin Ahmad menjelaskan bahawa dia tidak memaksa isterinya, Elena Hani untuk meletakkan jawatan sebagai ketua pramugari di sebuah syarikat penerbangan.

“Bukan saya mendesak atau memaksa dia untuk berhenti. Perkara ini sebelum berkahwin lagi kami sudah bercerita dan berbincang. Ini adalah perancangan yang masing-masing sudah ada sejak sebelum kami mendirikan rumahtangga lagi”


“Namun sebelum ini tidak ada sebab untuk dia balik. Tapi sekarang dia pun dah lapan tahun di sana, jadi kami rasa ini waktu yang terbaik untuk dia pulang dan menetap di sini. Lagipun, sebelum ini kami hanya berkesempatan berjumpa dua kali sebulan sahaja dan perkara itu tidak dinafikan membuat kami berdua berasa sunyi dan saling rindu apabila sering berjauhan”

“Jadi, saya rasa keputusan ini adalah yang terbaik untuk rumahtangga kami berdua,” jelas Fahrin kepada portal Tonton Extra selain menyatakan tindakannya itu bukanlah dibuat kerana isterinya mengandung.

Semoga pasangan ini akan sentiasa beroleh bahagia. Katanya, jika isterinya mengandung, dia sendiri akan beritahu kepada media. Pastinya ramai juga yang tidak sabar’kan untuk mendengar berita baik tersebut?

Previous Post Next Post