Hafiz Suip Nafi Tolak Penaja Untuk Majlis Perkahwinan



Bakal melangsungkan majlis perkahwinan yang akan diadakan pada pertengahan 14 Mei tahun hadapan, kini timbul cerita kurang enak apabila penyanyi Hafiz Suip dikatakan telah menolak beberapa penaja yang ingin menaja majlis perkahwinannya itu.

“Memang ada beberapa penaja yang ingin menaja majlis perkahwinan saya ada yang saya terima dan ada yang saya rasakan perlu untuk saya membelanjakan hasil duit titik peluh saya sendiri. Kebanyakkannya memang sepenuhnya persiapan dan perbelanjaan daripada saya sendiri”

“Saya bukan menolak untuk mana-mana pihak yang ingin menaja perkahwinan saya tetapi seperti yang saya katakan saya ingin menggunakan hasil usaha titik peluh saya selama bergelar artis. Hanya sekitar 20-30 peratus sahaja penaja yang menaja majlis perkahwinan saya”


“Lagipun saya lebih selesa untuk menggunakan duit sendiri supaya tidak timbul isu yang lain serta perkahwinan ini ialah untuk mencari kebahagiaan,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 30.

Hafiz turut memberitahu akan berangkat mengerjakan umrah bersama-sama keluarga pada 3 Disember ini iaitu selama 11 hari akan berada di sana.

“Saya sungguh teruja kerana berpeluang membawa keluarga untuk mengerjakan umrah buat pertama kalinya. Selama ini memang itulah impian saya untuk bersama-sama keluarga beribadat di tanah suci Mekah,” ujarnya penuh teruja.

Sementara itu di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 30, Hafiz akan mempertaruhkan lagu ‘Untuk Kita’ nyanyian duetnya bersama Adira. Mariah kita bersama-sama kita menyaksikan Hafiz dan Adira serta finalis yang lain pada Konsert Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-30 pada minggu pertama, 22 November 2015.

Previous Post Next Post