Tuah Mia Ahmad



MENGAKUI penglibatannya sebagai pelakon kurang menyerlah, pelakon yang pernah popular menerusi drama bersiri Hati Perempuan ini bagaimana pun menyifatkan perkara itu sebagai ujian bergelar anak seni.

Bagi Mia Ahmad atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, dia berharap tahun mendatang rezekinya dalam bidang ini menjadi lebih baik.

“Mungkin sekarang bukan masa saya, tetapi saya akan terus mencuba sehingga berpuas hati.

'Sebagai pendatang baru, masih banyak cabaran dan pengalaman perlu saya lalui,” katanya.

Pun begitu, akui pelakon berusia 27 tahun ini, dia bersyukur kerana populariti Hati Perempuan, dia mendapat banyak tawaran sebagai duta produk.


“Alhamdulillah, nampaknya tuah saya lebih berpihak sebagai duta.

“Tetapi, tidaklah saya terima semua tawaran tersebut, saya hanya memilih produk yang benar-benar sesuai dengan saya sahaja.

“Selepas membuat testimoni terhadap diri sendiri, barulah saya terima untuk jadi duta produk berkenaan,” katanya.

Sehingga kini Mia telah dilantik bagi beberapa duta produk antaranya Pesona Ayu Skin Care, Ashh&Annas dan Mumuscarve.

Dalam pada itu, meski pun kerjayanya lebih berjaya sebagai duta produk, tetapi Mia tetap meneruskan kariernya sebagai pelakon.

Terbaru, Mia sedang sibuk dengan penggambaran bagi drama bersiri 2000 Km Ke Al-Haram dan telefilem Husin... Peninglah.

Previous Post Next Post