Gwen Stefani hangat bercinta?


SERING dilihat bersama menerusi program realiti nyanyian The Voice selaku juri, siapa sangka dua selebriti ini sebenarnya sedang hangat menjalinkan hubungan cinta.

Blake Shelton dan Gwen Stefani baru-baru ini tertangkap di lensa kamera paparazi ketika kedua-duanya sedang meluangkan masa bersama di sebuah restoran terletak di Studio City, California.


Lebih menguatkan berita ini, pasangan itu juga dilihat berani mengungkapkan kemesraan mereka dengan bercumbuan walaupun restoran tersebut dipenuhi pengunjung.

Dengan bukti yang ada, maka terungkaplah khabar angin yang tersebar sebelum ini dan berita ini juga disambut baik oleh peminat mereka yang rata-ratanya mendoakan kebahagiaan pasangan ini hingga ke peringkat seterusnya.

Previous Post Next Post