Jessica Jung tampil album solo


SELEPAS membuat keputusan keluar dari kumpulan Girls Generation, Jessica Jung tidak tunggu lama untuk tampil solo dalam karier nyanyiannya.

Dalam perkembangan terbaharu, penyanyi cantik ini telah memaklumkan dirinya sedang sibuk menghasilkan album pertamanya.

“Buat masa ini proses pembikinan album berjalan dengan lancar dan sedang berada dalam peringkat akhir.


“Saya hasilkan album ini untuk dihadiahkan kepada peminat yang sudah lama menantikannya dan tidak pernah jemu memberi sokongan kepada saya,” katanya menerusi portal Soompi.

Selain karier nyanyian, Jessica juga sibuk dengan bidang rekaan bersama adiknya, Krystal.

Previous Post Next Post