Isteri Keguguran, Black Hanafiah Anggap Ujian Allah


Black menganggap kejadian isterinya keguguran sebagai ujian daripada Allah.

Penyanyi Black Hanafiah menganggap kejadian isterinya, Naquia Yasirah atau Cira yang mengalami keguguran pada Jumaat lalu sebagai ujian daripada Allah.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 29, berkata, dia reda dengan kejadian itu dan rezeki tidak berpihak kepada mereka suami-isteri.

"Ujian ini juga bermakna Allah sayang pada kita," luah Black menerusi laman sosial Instagram miliknya pada Ahad.

Terdahulu, Cira dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya pada Jumaat lalu dan doktor memaklumkan kandungannya yang kini berusia 12 minggu tidak dapat di selamatkan.


Black memberitahu isterinya telah dibenarkan pulang pada petang Ahad dan akan menjalani pantang.

Dalam pada itu, Black dalam status tersebut berharap isterinya tabah menempuh dugaan tersebut.

"Saya akan sentiasa berada di sisi awak sehingga ke hujung nyawa. Rezeki tidak berpihak kepada kita," ujarnya.

Pasangan berkenaan turut mempunyai seorang anak lelaki iaitu Khaleef Dayyan berusia setahun.

Previous Post Next Post