Justin Bieber mahu kahwin usia 30 tahun


Justin Bieber

Penyanyi terkenal Justin Bieber, 22, menyimpan impian untuk membina keluarga pada usia 30 tahun.

Ini bermakna Bieber mempunyai masa selama lapan tahun untuk memastikan impian tersebut menjadi kenyataan.

“Saya merancang untuk membina keluarga sendiri pada usia 30 tahun. Jadi, saya mempunyai masa selama lapan tahun untuk mencari wanita yang sesuai,” katanya.


Memiliki kekayaan dan populariti, Bieber hanya meletakkan dua syarat utama untuk bakal isterinya.

Meskipun statusnya menyebabkan Bieber digilai ramai wanita, rupa paras bukannya kriteria utama.

“Saya mahu seorang wanita yang mempunyai hati yang baik serta kelakar,” ujar Bieber yang juga bekas kekasih penyanyi Selena Gomez itu.

Previous Post Next Post