Lee Hi teringin jumpa Jonghyun


Lee Hi

PENYANYI kecil molek, Lee Ha Yi atau lebih mesra dengan gelaran Lee Hi begitu teringin untuk berjumpa dengan penulis lirik lagu Breath nyanyiannya.

Khabarnya, wanita berusia 20 tahun itu begitu teringin berjumpa dengan penyanyi dan penulis lirik yang popular menerusi kumpulan Shinee iaitu Jonghyun kerana ingin mengucapkan terima kasih.

Ketika ditanya adakah dia pernah berjumpa dengan Jonghyun, Lee Hi berkata:

“Saya pernah mengajukan keinginan untuk berjumpa Jonghyun kepada syarikat rakaman, tetapi belum berkesempatan bertemu dengannya.

“Jika berpeluang walaupun berjumpa hanya untuk sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya kerana memberikan lagu yang sangat indah buat saya,” ujar Lee Hi.


Tambah mengejutkan, pada awal sesi rakaman single Breath, Lee Hi langsung tidak mengetahui bahawa lagu itu merupakan hasil ciptaan Jonghyun.

“Saya tidak tahu itu merupakan lagu ciptaan Jonghyun. Ketika pertama kali mendengar lagu tersebut, saya terus ingin menyanyikannya kerana ia merupakan sebuah lagu yang indah dan menghiburkan.

“Walaupun ketika sesi rakaman saya tidak tahu siapa penciptanya, tetapi saya sangat berterima kasih kepadanya. Pada saya, lirik dan melodinya boleh menyentuh hati pendengar,” jelasnya.

Tidak sekadar ingin berjumpa, malah Lee Hi juga menyatakan keinginannya untuk bekerjasama bersama Jonghyun pada masa akan datang.

Previous Post Next Post