Pesawat Flydubai Terhempas, Semua Penumpang, Kru Dikhuatiri Terkorban


Pesawat Boeing 737-800 yang membawa 55 penumpang terhempas pada awal pagi Sabtu di Rostov-on-Don di selatan Rusia, demikian kata pihak berkuasa negara berkenaan.

Pesawat Flydubai FZ981 yang berlepas dari Dubai itu dikatakan mendarat dalam keadaan di mana jarak penglihatan yang buruk dan terbabas antara 50 hingga 100 meter ke kiri landasan.


"Pesawat dengan 55 penumpang dan empat atau lima anak kapal itu berlepas dari Dubai terhempas ketika mendarat di lapangan terbang Rostov-on-Don.

"Ketika ini tiada maklumat diperoleh berkaitan mangsa kejadian itu," kata jurucakap Kementerian Kecemasan Tempatan, Marina Kostioukova.

Previous Post Next Post