Remy Ishak kena ilmu hitam




Pelakon Remy Ishak berkongsi pengalaman dirinya terkena ilmu hitam di video Live Instagram (IG) miliknya semalam.

Menerusi perkongsian itu, Remy berkata, pada awalnya dia menyangka mengalami depresi sehingga kadang-kadang berasa seperti hendak melakukan perkara yang bukan-bukan termasuklah membunuh diri.

“Sangkaan saya meleset. Selepas bertemu seorang ustaz yang terkenal dengan perubatan Islam, barulah saya dapat tahu bahawa diri saya disihir.

“Ketika membuat rawatan saya dapat rasa ada satu tenaga yang mengawal badan sehingga jadi kaku sepanjang proses itu dijalankan,” katanya.


Remy berkata, dia perlu melakukan rawatan lagi berikutan gangguan belum hilang sepenuhnya.

“Saya akui buntu dengan apa yang berlaku dan saya lebih rela mengalami depresi daripada terkena ilmu hitam.

“Beberapa kali saya terkena gangguan dan saya masih berjumpa ustaz untuk menjalani rawatan.

“Walaupun sekarang saya rasa okay, akan ambil masa untuk kembali normal,” katanya.

Dalam pada itu, Remy turut menasihati peminat supaya menjalin sesuatu hubungan dengan ikhlas tanpa menggunakan bantuan pihak ketiga seperti ilmu hitam.


Previous Post Next Post