Shah Reza tinggalkan Xpose Band




Perpecahan yang berlaku dalam kalangan penyanyi atau pemuzik berkumpulan boleh dikatakan perkara lumrah.

Itulah juga kisah Cik Pang dengar berlaku kepada Xpose Band yang pernah popular dengan lagu Sandiwara pada 2017.

Hanya bertahan selama beberapa bulan, Cik Pang dikhabarkan pemain gitar baharu iaitu Shah Reza angkat kaki meninggalkan Xpose Band.

Shah Reza yang menyertai Xpose Band sekitar Ramadan lalu menggantikan Fakhrul yang disingkirkan.

Nampaknya hasrat Xpose Band nak terus bergerak dengan lima anggota kini tinggal kenangan.

Atas sebab apa Shah Reza ambil keputusan undur diri hanya Xpose Band sahaja yang tahu.


Kisah ini pun Cik Pang dengar daripada seorang teman. Sama ada benar atau sebaliknya, belum ada jawapan.

Pihak syarikat rakaman SRC mahupun individu yang menguruskan kerjaya Xpose Band buat masa ini mengunci mulut.

Tidak ada sebarang kenyataan dikeluarkan dan jika benar Cik Pang harap Xpose Band dapat beri penjelasan.

Cik Pang pun tak berkesempatan meninjau Instagram (IG) Xpose Band, tunggu sahaja penjelasan mereka.

Sebagai seorang peminat Xpose Band, Cik Pang akan terus mendoakan yang terbaik untuk kumpulan ini.

Bukan apa, daripada aspek disiplin memang Cik Pang kagum dengan Xpose Band.

Moga Epy, Furhan, Zaim dan Taqim, terus maju jaya.

Previous Post Next Post