Penyanyi, pelakon dan pengacara, Luna Maya mengakui tidak mustahil sekiranya akan kembali bersama bekas kekasihnya yang juga penyanyi popular, Ariel Noah.
Luna memberi jawapan itu ketika hadir sebagai tetamu undangan dalam program Rumpi yang diacarakan oleh Feni Rose.
"Tak ada yang mustahil di dunia ini kecuali menggigit telinga sendiri. Susah kan?" katanya menjawab pertanyaan Feni.
Feni yang mesra disapa sebagai Kak Rose juga bertanya sama ada kedua-keduanya masih saling mengucapkan ucapan selamat hari jadi setiap kali tanggal itu hadir.
"Masih saling menghantar ucapan. Cumanya, tak ada hadiah. Lagi satu, dia pun selalu lewat memberi ucapan.
"Bukan hari jadi saja, tapi hari kebesaran lain juga masih saling menghantar ucapan," kata Luna.
Hubungan cinta antara Luna dan Ariel bukan lagi satu rahsia dan walaupun kedua-duanya sudah berpisah pada 2010, hubungan mereka tetap masih baik.