Park In Young masih bersedih



PARK In Young yang juga kakak kepada ketua kumpulan Super Junior, Leeteuk mengakui masih bersedih selepas ayah, datuk dan neneknya ditemui mati selepas membunuh diri.

Menerusi temu bual bersama program Live Star News, In Young berkata, dia sangat sedih setiap kali bersendirian dan membaca berita mengenai keluarganya itu.

“Datuk dan nenek memang mempunyai penyakit Alzheimer sehingga ayat melalui masa yang sangat sulit.

“Bagaimanapun dugaan ini tidak akan menghalang saya untuk meneruskan impian menjadi seorang aktres yang baik. Bahkan Leeteuk juga berkata perkara yang sama.

“Dia berkata ayah pasti bersetuju jika saya meneruskan karier sebagai seorang pelakon dan saya akan berusaha ke arah itu,” katanya sebak.


Previous Post Next Post