Bob Firdaus, Ahli Kumpulan Nowseeheart Meninggal Dunia Akibat Lemah Jantung



Salam takziah diucapkan kepada keluarga Bob dari kumpulan nasyid Nowseeheart atau nama sebenarnya Firdaus Baharuddin di atas pemergian beliau pada jam 12.04 tengah malam semalam.

Allahyarham Bob disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang akibat sakit lemah jantung selepas berada di dalam koma petang semalam selain mengalami kondisi terlalu banyak air dalam badan.




Berita pemergiannya telah dikongsikan oleh rakan seperjuangan, Mujahid yang juga merupakan bekas ahli kumpulan Nowseeheart di laman Facebook miliknya.


Bob Firdaus, Ahli Kumpulan Nowseeheart Meninggal Dunia Akibat Lemah Jantung

Gambar kenangan ahli Nowseeheart bersama Bob (kanan sekali)

Malah kumpulan nasyid Saujana turut mengesahkan perkara tersebut di Facebook dan menyedekahkan doa buat Allahyarham sebaik menerima berita sedih itu malam tadi.

Innalillahi wa innailaihi raji’un… Allah lebih menyayangi sahabat kita Firdaus Baharuddin (Bob Nowseeheart) dan memanggil beliau ke pangkuanNya jam 12.04 tgh malam. Semoga ruhnya ditempatkan bersama para syuhada dan solihin.

Difahamkan, jenazah telah disembahyangkan di Taman Melewar, Gombak dan selesai dikebumikan pada jam 11 pagi tadi. Buat semua pembaca OHBULAN!, marilah sama-sama sedekahkan Al-fatihah buat Allahyarham.
Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »