Marcell Luah Simpati Dengan Tragedi MH370



"Sebagai penyanyi yang terlibat dengan konsert ini, saya rasa agak kurang sesuai untuk memberikan komen. Saya faham ia melibatkan banyak pihak. Tetapi secara peribadi, saya sangat terpukul dengan kejadian yang menimpa MH370.

Jika pihak penganjur mahu tangguhkan konsert ini sekali pun, saya tidak punya masalah kerana faham dengan situasi ketika ini," ujar Marcell mengulas tentang konsert 'Marcell & Dayang Pesona Cinta' yang tetap diteruskan pada Sabtu ini di Istana Budaya biarpun dunia ketika ini sedang bersedih dengan tragedi pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi.

Menurut penyanyi popular Indonesia ini lagi, dia sudah merancang sesuatu yang istimewa sebagai tanda menghormati insiden malang itu.




"Memang kita semua sedang bersedih, namun tidak untuk selamanya bukan? Apa yang berlaku ini adalah sesuatu yang tidak terduga. Saya turut bersedih. Walau apapun, pada malam itu nanti, saya akan buat sesuatu yang istimewa untuk MH370. Tetapi saya tidak buat sebarang perubahan dalam pemilihan lagu kerana lagu-lagu saya memang sudah 'tone down'," tambah Marcell yang mengakui sudah merindui peminat di Malaysia.

Marcell dan Dayang akan tampil menghiburkan penonton selama dua jam dengan seleksi lagu-lagu popular mereka. Mereka yang berminat untuk menyaksikan konsert ini boleh mendapatkan tiket- tiket berharga RM150, RM250, RM350, RM450, dan RM550 di www.jagtickets.com.
Previous Post Next Post