Destinasi Bajet Kembali Untuk Musim Keempat



Rancangan travelog pengembaraan 'Destinasi Bajet' yang kini memasuki musim ke-4 bakal memberikan anda tip tentang bagaimana anda boleh mendapatkan percutian yang bermakna walaupun dengan bajet yang rendah.

Bersiaran sejak 11 Mac lalu, jenama 'Destinasi Bajet' tetap utuh dengan memberikan pelbagai tip berguna tentang bagaimana para penonton boleh menikmati percutian idaman mereka dengan bajet yang berpatutan.

Rancangan ini bersiaran setiap hari Selasa jam 9.00 malam di ntv7 itu mengekalkan tiga pengacara sama sejak musim ketiga iaitu Qi Razali, Razif Hashim dan Diana Rusdi yang bakal membawa para penonton menjelajah di dalam dan di luar negara.

Mengambil tugas mengacara bersilih ganti untuk setiap episod, kali ini mereka akan ke Singapura, Jakarta, Surabaya, Macau, Hong Kong, Chiang Rai dan banyak lagi.




“Semua orang memang gemarkan percutian namun bagaimana anda menghabiskan percutian itu juga suatu yang penting. Perancangan yang baik bakal membuahkan percutian yang lebih bermakna. Menerusi rancangan Destinasi Bajet, kami berharap kami dapat memberikan idea kepada para penonton untuk bagaimana menghabiskan masa percutian mereka dan apakah tempat yang harus dilawati mereka di setiap destinasi pilihan,” kata Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul.

Kepada penonton setia, jangan lupa saksikan Qi Razali serta rakan pengacaranya – Razif Hashim dan Diana Rusdi di ntv7, setiap hari Selasa, jam 9.00 malam untuk mendapatkan tips percutian yang bakal membawa anda ke destinasi pilihan dengan bajet yang ekonomi. Serta siaran ulangannya setiap hari Sabtu jam 11.30 pagi.
Previous Post Next Post