Fizz Fairuz, Almy Nadia sah bergelar suami isteri



Dengan sekali lafaz, Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, atau lebih dikenali sebagai Fizz Fairuz sah bergelar suami kepada Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, sebentar tadi.

Majlis pernikahan pasangan pelakon itu berlangsung di Masjid Daerah Barat Daya di sini, pada jam 5.15 petang tadi.

Fizz atau nama penuhnya, Mohd Firuz Zainol melafazkan akad nikah sekali sahaja di hadapan Pendaftar Kanan Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Pulau Pinang, Norzli Mat pada majlis yang dihadiri lebih 150 ahli keluarga.




Almy Nadia atau nama sebenarnya, Almy Nadia Aminuddin Shah dan Fizz tampil dengan mengenakan pakaian berwarna biru firus menerima mas kahwin RM1,001 dan wang hantaran sebanyak RM20,000.

“Alhamdulillah, segala-galanya kini sudah selesai dan kami sah menjadi pasangan suami isteri. Impian untuk hidup bersama kini menjadi kenyataan,” kata Almy.

Bagi Fizz, dia gembira apabila segala perancangan yang diatur selama ini berjalan lancar dan berharap perkahwinan itu berkekalan hingga ke syurga.
Previous Post Next Post