Adam dan Fiza Bercerai Kerana Instagram



Bunyinya memang kecil, namun itulah hakikatnya jika sudah tiada jodoh. Hanya kerana Instagram, sebuah keluarga yang dibina berlandaskan 'cinta' akhirnya musnah di tengah jalan.

Itulah hakikat sebenar penceraian antara Fiza Elite atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, dengan Adam AF2. Semuanya bermula apabila pengikut Instagram miliknya mempersoalkan sebab-sebab dia tidak memuat naik gambar Adam di laman sosialnya dan begitu juga Adam yang tidak berbuat demikian.




"Apabila perkara itu dipersoalkan sehingga mencetuskan spekulasi diantara pengikut-pengikut Instagram, maka perkara itu turut menjadi bualan antara kami sehingga mencetuskan pergaduhan.

"Saya bertindak membuang gambar-gambar kami di laman sosial itu juga kerana terlalu banyak spekulasi mengatakan rumah tangga kami bermasalah.
Previous Post Next Post