Fizz dan Almy Nadia Bernikah!



Benarlah kata pepatah kalau sudah jodoh tidak ke mana, itulah gambaran paling sesuai diberikan kepada pasangan sejoli Fizz Fairuz dan Almy Nadia. Walaupun pernah diduga dengan pelbagai cabaran yang mendatang namun berkat kesabaran dan kepercayaan didalam diri masing-masing akhirnya telah selamat disatukan. Pelakon lelaki ini telah sah bergelar suami dengan sekali lafaz bertempat di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang pada petang sabtu lepas.

Majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira pukul 6 petang ini selamat disempurnakan oleh Pendaftar Kanan Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Pulau Pinang, Ustaz Norazli Mat sementara isteri Fizz Fairuz, Almy Nadia telah berwalikan wali hakim.




Pada majlis tersebut, pengantin lelaki telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,001 manakala wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada pengantin perempuan. Tidak ketinggalan sebanyak sembilan dulang hantaran telah diserahkan antaranya minyak wangi, beg tangan, sejadah, sirih junjung, kek dan cincin. Disebelah pihak perempuan pula membalas sebanyak sebelas dulang hantaran antaranya sirih junjung, buah-buahan, Al-Quran, jam, kasut iPad Mini dan cincin.

Fizz turut bersyukur dengan pernikahan ini dan berharap agar semua pihak mendoakan kebahagian mereka hingga ke akhir hayat. Paling mendapat perhatian ialah Almy Nadia yang mengalirkan air mata disepanjang proses akad nikah berlangsung. Pasangan yang telah bercinta selama lapan tahun ini belum mempunyai sebarang perancangan untuk berbulan madu memandangkan masing-masing sibuk dengan kerja lakonan. Almy turut memiliki seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya yang berusia lima tahun. Majlis resepsi pasangan itu akan berlangsung pada 30 Mei depan di Hotel Vistana, Pulau Pinang.
Previous Post Next Post