2NE1 hebat di pentas



KUMPULAN 2NE1 seronok mengadakan konsert di Malaysia.

SEBELUM ini kumpulan 2NE1 pernah berkunjung ke Malaysia dan kehadiran mereka kali ini adalah untuk menjayakan konsert 2NE1 2014 World Tour All Or Nothing di Stadium Negara, Sabtu lalu.

Kira-kira 4,000 penonton hadir untuk menyaksikan aksi-aksi menarik daripada anggota 2NE1 yang terdiri daripada CL, Minzy, Dara dan Bom.

Kumpulan yang sedia terkenal dengan penampilan seksi itu memulakan persembahan menerusi lagu Crush dan pada persembahan selama dua jam lebih itu, 2NE1 mendendangkan kira-kira 25 buah lagu. Antara lagu pilihan mereka adalah Missing You, Don't Stop The Music, Ugly, I Were You, I Love You, Lonely dan Come Back Home yang dinyanyikan dalam dua versi termasuk akustik.






Menariknya kebanyakan lagu-lagu daripada kumpulan ini turut dinyanyikan bersama oleh penonton yang rata-rata adalah peminat tegar.

Tidak dinafikan selain pilihan lagu yang menarik, persembahan 2NE1 tampak bertenaga dengan iringan lapan penari lelaki dengan gerak tari yang diilhamkan oleh dua pengarah kreatif iaitu Travis Payne dan Stacy Walker yang pernah mengarahkan koreografi untuk bintang terkenal dunia iaitu Michael Jackson untuk konsert .

Di antara anggota 2NE1, ketua kumpulan CL atau Lee Chae-rin turut mengadakan persembahan solo menerusi lagu The Baddest Female dan MTBO.

Selain itu, konsert 2NEI turut diserikan dengan persembahan artis jemputan iaitu kumpulan Winner yang turut mendendangkan dua buah lagu.

Memandangkan persembahan yang dijayakan oleh 2NE1 dan Winner mendapat sorakan gemuruh daripada penonton, kumpulan tersebut masing-masing berjanji akan datang lagi ke sini untuk mengadakan persembahan.
Previous Post Next Post