Dato’ Siti Nurhaliza Tercalon Untuk Anugerah Karaoke Neway



Anugerah Lagu Melayu Paling Popular 2013 merupakan pencetus kepada penganjuran Anugerah Karaoke Neway 2014. Ini kerana anugerah terbabit mendapat sambutan memberangsangkan.

Berbeza dengan anugerah pertama dahulu, Anugerah Karaoke Neway 2014 mengangkat tema ‘Muzik Untuk Semua’ selari dengan konsep Neway Karaoke untuk menjadi hub karaoke bagi semua golongan masyarakat.

Sebanyak lapan kategori bakal dipertandingkan iaitu 10 Lagu Melayu Paling Popular, 5 lagu Serantau Terbaik Karaoke, Artis Baru Terbaik Karaoke, Duo/Kumpulan Terbaik Karaoke, Artis Lelaki Terbaik Karaoke, Artis Wanita Terbaik Karaoke, Muzik Video Terbaik Karaoke dan Undian Paling Meriah.

Pemenang akan ditentukan dengan melihat kepada populariti sesebuah lagu di premis-premis Neway yang mewakili 60 peratus. Manakala 40 peratus lagi diambil daripada keputusan undian di portal rasmi Tonton Music, www.tontonmusic.com.my dan http://anugerahk.newaykb.com.my






Anugerah yang mengetengahkan lagu-lagu Melayu popular ini diharap dapat memeriahkan lagi industri muzik tanah air di samping memberi penghargaan kepada syarikat-syarikat rakaman yang telah banyak menyumbangkan lagu-lagu kepada pihak Neway.

Antara nama-nama yang mendapat pencalonan untuk kategori Artis Lelaki / Wanita Terbaik Karaoke ialah Hafiz, Mark Adam, Cakra Khan, Hazama, Najwa Latif, Jaclyn Victor, Dato’ Siti Nurhaliza dan Shila Amzah.

Manakala antara calon-calon untuk kategori 10 Lagu Melayu Paling Popular ialah ‘Hanya Aku’ (Hyper Act), ‘Bahagiamu Deritaku’ (Hafiz), ‘Pencuri’ (Mark Adam), ‘Takkan Terpisah’ (Black), ‘Masih Aku Cinta’ (Shila Amzah), ‘Salahkah’ ( Hafiz & Rossa) dan ‘I Love You’ (Najwa Latif).

Anugerah Karaoke Neway 2014 akan berlangsung di The Theatre Gardens Mid Valley pada 5 September hadapan. Jika ingin melihat artis kesayangan anda meraih kemenangan, jangan lupa membuat undian!
Previous Post Next Post