Lisa Surihani & Yusry terima kehadiran orang baharu


TAHNIAH kepada pasangan selebriti Lisa Surihani dan Yusri KRU yang selamat menimang cahaya mata pertama malam tadi.

Lisa selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 11.44 malam.

"Harap faham buat masa ini Lisa dan Yusry belum boleh bagi kenyataan atau interview. Harap-harap dapat diberi ruang untuk kami 'adjust' diri dulu dan kemudian kami akan maklumkan kepada pihak media," Lisa dipetik sebagai berkata.


Sehari sebelumnya, isteri kedua Ashraf Muslim, Wan Sakinah juga selamat melahirkan cahaya mata kedua pasangan itu.

“Alhamdulillah dan syukur pada ALLAH SWT kerana pada tarikh 14 September 2015 jam 1 pagi. Lega hati ini bila isteriku Sakinah berjaya melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat comel. Alhamdulillah ibu dan anak dalam keadaan sihat serta baik belaka.

“Terima kasih sangat-sangat pada ALLAH kerana kurniakan lagi ahli dalam keluarga Ashraf. Rasa sedih dan gembira sangat-sangat bila kita dapat rasa ALLAH sentiasa bersama dengan kita. Terima kasih yang tak terhingga kepada isteriku Dayana kerana sentiasa bersama-sama kami dan giliran awak pula bulan Disember ya,” luah Ashraf di laman Instagram.

Previous Post Next Post