Siti Nurhaliza Masih ada impian belum tercapai



HENDAK berbakti lebih lagi kepada orang ramai," itu luahan ‎penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin,36, ketika ditanya oleh penyampai Muzik-Muzik Fara Fauzana Mohd Fadzil, 35, mengenai impian yang masih diimpikan oleh beliau.

Berbicara lanjut, Siti Nurhaliza berkata, itu antara impian beliau yang ingin dicapai kini sesudah pelbagai impian lain yang sudah dikecapinya antaranya menjadi usahawan.


"Alhamdulillah selepas lebih 20 tahun Siti dalam industri seni ini, pelbagai impian sudah Siti kecapi," katanya menerusi program itu semalam.

Siti berkata, beliau secara peribadi bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan oleh ALLAH ke atas dirinya selama ini.

"Amin Siti bersyukur sangat.

"Selama Siti berjuang dalam bidang seni ini, banyak pihak yang tidak putus-putus memberikan sokongan, terima kasih, " katanya.

Previous Post Next Post