Raja Azura dipecat Sinar FM



Kecewa dengan pihak pengurusan, Raja Azura meluahkan rasa tidak dihargai apabila diberi notis singkat untuk tidak menyambung kontrak sebagai penyampai radio di Sinar FM.

Raja Azura menganggap notis singkat itu amat “biadap” kerana pengorbanannya menghibur pendengar sebagai penyampai Sinar FM langsung tak dihargai sama sekali.


Ini luahan Raja Azura:

“Notis yang saya terima tiga minggu sebelum tarikh kontrak tamat. Bukan setahun atau dua tahun, saya dan dua rakan lagi sudah 10 tahun berkhidmat dengan stesen radio ini.

“Bagi saya tindakan itu sangat biadap. Saya bercakap secara umum, bukan sahaja kepada stesen radio tetapi juga syarikat lain yang menjadi majikan kepada pekerja.

“Setiap pekerja ada komitmen dan tanggungjawab masing-masing. Sebagai contoh, saya ibu tunggal yang perlu membesarkan anak.

“Bagaimana pula dengan mereka yang tiada sumber mata pencarian lain?”

“Paling sukar adalah apabila terpaksa melepaskan pendengar setiap segmen yang saya kendalikan.

“Ramai meluahkan perasaan mereka di laman sosial saya. Kata mereka, selepas ketiadaan saya dan dua lagi rakan, mereka tidak lagi terhibur seperti dahulu,”

Pelakon dan pengacara itu berganding bersama pelawak Salih Yaacob dan Khairil Rashid dalam segmen ‘Sinar Pagi’ di stesen radio itu dari jam 6 hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat.

Segmen itu kini diambil alih oleh kumpulan lawak Sepahtu, manakala Salih ditukarkan ke segmen petang di stesen radio sama.

Khairil, seorang penyampai berpengalaman, kini menumpukan tenaganya di sebuah syarikat iklan radio.

Azura, atau biasa dipanggil Kak Engku, mendakwa pendengar-pendengar Sinar FM juga nyata terkilan dengan pertukaran itu.

Previous Post Next Post