Penat Punca Kristen Stewart Berehat Berlakon


Kristen Stewart mahu berehat daripada dunia lakonan buat sementara waktu.

PELAKON Kristen Stewart meluahkan hasrat untuk berehat daripada dunia lakonan buat sementara waktu.

Bekas kekasih Robert Pattinson ini dilaporkan membuat keputusan itu kerana berasa penat dengan kerja dilakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Saya sudah bekerja keras sepanjang menjadi artis, jadi saya fikir ini adalah masa sesuai untuk fokus kepada diri sendiri dan berehat daripada dunia hiburan buat sementara waktu," ujarnya.


Dalam pada itu, aktres yang meraih pendapatan termahal tahun lalu ini memberitahu ingin mencuba bidang lain selain daripada lakonan.

Jelasnya, dia ingin belajar menari sebagai salah satu cara menghilangkan tekanan dihadapi sebelum ini.

Filem Equals merupakan filem terakhirnya sebelum berehat daripada industri seni.

Previous Post Next Post