Ola Bola pungut RM16 juta


FILEM Ola Bola hasil karya Chiu Keng Guan terus mendapat sambutan hangat penonton negara ini apabila mencatat pungutan pecah panggung RM16 juta selepas 39 hari ditayangkan.

Filem yang diilhamkan dari peristiwa kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan dalam perjuangan menyertai Sukan Olimpik Moscow pada 1980, mula ditayangkan kepada umum pada 28 Januari lalu.


Filem yang dibarisi rata-rata muka baharu iaitu J C Chee, Bront Palarae, Eric Teng Shin Wang, Saran Kumar, Luqman Hafidz, Saran Kumar, Marianne Tan, Frankie Leeini juga bakal menemui khalayak antarabangsa apabila ia diundang menyertai Festival Filem Fantastik Golden Horse Taipei, sekitar 8 dan 17 April depan.

Diterbitkan oleh Astro Shaw, Golden Screen Cinemas Sdn Bhd dan Multimedia Entertainment Sdn Bhd. Filem ini menyuntik semangat perpaduan yang tinggi di antara kaum di Malaysia.

Previous Post Next Post