Preity Zinta pilih tema diraja Rajput


PREITY ZINTA

Majlis perkahwinan bintang Bollywood, Preity Zinta yang bakal berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada April depan dikatakan tidak akan meminggirkan adat resam India.

Preity sudah memilih tema diraja Rajput yang diinspirasikan daripada majlis perkahwinan diraja keturunan Maharaja Rajput suatu ketika dahulu sebagai tema perkahwinannya kelak.

Majlis berkenaan khabarnya akan dimeriahkan dengan acara berinai dan pesta tari menari selama tiga hari tiga malam.


“Dia sudah pun menempah beberapa busana perkahwinan daripada pereka fesyen terkenal Bollywood, Manish Malhotra yang juga rakan baiknya.

“Hanya rakan dan keluarga terdekat sahaja akan dijemput ke majlis tersebut kerana Preity dan bakal suaminya, Gene Goodenough sangat mementingkan privasi,” kata sumber.

Sementara itu, Preity mengeluarkan kenyataan akan melelong gambar eksklusif perkahwinannya dan wang yang dikumpul akan disalurkan kepada badan-badan amal yang memerlukan.

Previous Post Next Post