Rani Kulup Akan Terus Berlakon Jika Banyak Tawaran


Abdul Rani Kulup muncul dengan filem pertamanya berjudul Kipidap! Selamatkan Hari Jadi.

Abdul Rani Kulup Abdullah yang terkenal dengan tagline 'kipidap' akan menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya serisu sekiranya kemunculan dia menerusi filem Kipidap! Selamatkan Hari Jadi diterima baik penonton.

Bagaimanapun kata Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) itu, dia menerima banyak tawaran daripada produksi termasuk KRU Studios dan Skop Productions Sdn Bhd.

"Saya sebenarnya tidak pernah berhasrat untuk berlakon tetapi apabila ada tawaran saya terima kerana ingin membuktikan kepercayaan diberikan pihak produksi.

"Alhamdulillah biarpun nashkah pertama ini belum masuk panggung tetapi saya bakal ke set penggambaran dua buah filem pada April ini," katanya kepada mStar Online.

Abdul Rani ditemui pada majlis pra-tonton filem berkenaan yang diadakan di Damansara sini pada malam Selasa.

Selain Abdul Rani, filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon seperti Atikah Suhaime, Hafreez Adam, Vicha Syawho dan Kartina Aziz.



Abdul Rani bergandingan dengan Atikah Suhaime dalam filem Kipidap! Selamatkan Hari Jadi.

Ia bakal menemui peminat di pawagam bermula Khamis (hari ini).

Dalam pada itu, Abdul Rani berkata, dia tidak berasa gugup ketika berada di lokasi penggambaran sebaliknya seronok menimba pengalaman baharu.

Malah dia bertuah kerana kesemua kru dan barisan pelakon banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar sepanjang dua minggu penggambaran berlangsung.

"Saya seorang yang mudah menerima arahan jadi rasanya tiada masalah ketika berada di set malah rasa bertuah kerana ramai yang memberikan tunjuk ajar.

"Filem ini bukan sekadar filem komedi tetapi ia mempunyai banyak pengajaran bertepatan dengan tagline 'kipidap' itu sendiri yang membawa maksud Kita Pilih Damai dan Perpaduan," ujarnya.

Sementara itu, Abdul Rani berkata, impiannya sebagai adalah untuk berlakon dalam filem aksi kerana ia bersesuaian dengan personalitinya.

Malah dia turut merancang untuk menerbitkan filemnya sendiri pada masa hadapan.

"Impak 'kipidap' itu sangat besar dan jika ada peluang dan rezeki saya akan hasilkan sebuah filem mengenainya.

"Buat masa ini biarlah saya terus dengan tugas membuat laporan polis dan berharap dalam berlakon dalam filem atau drama aksi," ujarnya.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »