Ahmad Dhani Sudah Nikahi Mulan Sejak 2009



Komposer dan penyanyi terkenal Indonesia ini akhirnya membuat pengakuan bahawa dia dan bekas vokalis utama kumpulan Ratu, Mulan Jameela telah sah bernikah hampir 5 tahun yang lalu.

Pengumuman tersebut dilakukan oleh Ahmad Dhani sendiri menerusi program televisyen berjudul ‘Satu Jam Lebih Dekat’.

Menurutnya lagi, tarikh majlis pernikahan ialah pada 13 Mac 2009 dan telah diadakan secara sederhana di studio miliknya yang terletak di Jakarta Selatan. Majlis tersebut juga telah dilakukan serentak dengan acara berkhatan untuk 3 orang anak lelakinya.



Pernikahan Ahmad Dhani dan Mulan Jameela telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Safeea

“Saya menikah (dengan Mulan) di rumah saya semasa pesta sunatan anak-anak. Anak-anak pesta sunatannya di lantai satu (tingkat satu) di rumah, kami melakukan pernikahan di lantai dua (tingkat dua).”

Ahmad Dhani turut memberitahu bahawa keluarga daripada kedua belah pihak turut hadir sama untuk memeriahkan majlis pernikahannya itu.




“Ada hal-hal yang perlu diklarifikasi, ada yang tidak. Banyak yang bilang saya nikah diam-diam, punya anak enggak diakui. Saya mahu nikah, kawin cerai sampai 30 kali misalnya, atau saya nikah siri, saya enggak perlu klarifikasi.”
Dalam pada itu, Ahmad Dhani menegaskan bahawa dia mahu dikenali melalui karyanya sebagai seorang pemuzik dan masyarakat tidak perlu mengambil tahu mengenai hal peribadi keluarganya.

Sumber: Kompas.com
Previous Post Next Post