Siapa yang tidak terpikat apabila melihat kecantikan semulajadi yang dimiliki oleh penulis blog ini? Bukan sahaja cantik, dan berbakat dalam bidang lakonan, dia kini juga dilihat aktif mengacarakan program televisyen.
Bagaimanapun, para peminat Hanis Zalikha atau lebih dikenali dengan nama Keknis ini sering tertanya-tanya apakah status sebenar hubungannya dengan seorang pelakon kacak yang juga merupakan juara program Fear Factor, Hairul Azreen.
Foto Hanis Zalikha bersama Hairul Azreen yang ketika itu baru pulang daripada menunaikan umrah
Ketika ditemubual di sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) baru-baru ini, gadis berusia 24 tahun ini mengatakan bahawa dirinya masih perlu menimba lebih banyak ilmu dalam industri dan belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga
Hanis Zalikha yang tercalon dalam kategori Artis Baru Wanita Popular ini turut memberitahu bahawa fokusnya kini adalah untuk mengembangkan kerjayanya dan mahu bergelar seorang pengacara yang versatile.
“Masa saya umur 20 tahun dulu, memang saya rasa nak kahwin masa 24 tahun. Tapi, bila dah rasa dapat pendapatan sendiri yang sekaligus dapat membantu keluarga dan berbakti pada mereka, saya rasa hal kahwin itu boleh tunggu.
Saya ada mengacara sebuah program perkahwinan iaitu ‘Raikan Cinta’, so dari situ saya buat lah list sikit-sikit dan ambil tips pasal perkahwinan. Bila dah sampai masa nak kahwin nanti, semua rujukan sudah ada.”
Tidak menafikan bahawa dirinya kini rapat dengan aktor tersebut, Hanis Zalikha bagaimanapun mengatakan ianya masih terlalu awal untuk bercakap lebih serius mengenai hubungan mereka.
Dalam perkembangan yang lain, Hanis Zalikha yang kini sibuk dalam penggambaran dram bersiri Jodoh 2 ini juga khabarnya telah dilamar untuk menjadi duta sebuah produk kecantikan. Bagaimanapun, ianya masih dalam proses perbincangan.