Sara Ali dan Amirul Ariff Akrab



Kalau sebut nama Amirul Ariff, pasti ramai belum kenal. Namun di kalangan orang seni, ramai memuji bakat ditampilkan sewaktu membintangi filem Kolumpo berganding dengan Sharifah Amani. Penampilannya yang dikatakan mirip Johan Asa’ari juga cepat mencuri tumpuan.

Terbaru, kita diberitahu Amirul kini rapat dengan Sara Ali.

Bagi pemerhati dan peminat filem tempatan, pasti kenal Sara, terutama menerusi Nur Kasih dan Songlap.

Kedua-duanya dikatakan rapat disebabkan Fazura.

Kita tidak kata mereka pasangan bercinta tetapi menurut rakan artis seangkatan, mereka mengatakan memang hubungan mereka ada kaitan dengan soal hati dan perasaan.

Mungkin mereka masih di peringkat mengenal hati budi.

Menurut artis seangkatan dua artis muda ini, mereka mengenali antara satu sama lain menerusi Fazura kerana Amirul dikatakan akrab dengan aktres jelita itu, malah sudah dianggap seperti adik.

Begitu juga Sara yang bersahabat baik dengan Fazura.




Ke mana saja, pasti mereka berdua akan bersama.

Mungkin kerana kedua-duanya rapat dengan Fazura dan selalu bertemu menyebabkan hubungan antara Sara dan Amirul terjalin.

Maklumlah apabila keluar sama, banyak perkara dibualkan dan secara tidak langsung timbul keserasian.

Apabila sudah selesa, tentu hati turut berdetik.

Apapun kita percaya, apabila ketiga-tiga pelakon serius ini duduk semeja, pasti bahan perbualan mereka berkisar mengenai kerjaya dan perkembangan industri seni tempatan.

Senang juga kalau orang yang kita sayang itu satu aliran.

Jadi tidaklah selalu gaduh kerana saling memahami.
Previous Post Next Post