Sejak BTOB melancarkan mini album ketiga mereka sekitar hujung tahun lalu, kini kumpulan K-Pop yang dibarisi oleh 7 orang jejaka itu kembali memikat hati peminat dengan single terbaru mereka berjudul Beep Beep.
Beberapa hari lepas, BTOB atau nama sebenarnya Born To Beat telah membuatkan peminat berteka-teki sesama sendiri selepas kumpulan itu mengeluarkan teaser berkenaan lagu tersebut di laman sosial.
Dan semalam secara rasminya, BTOB telah melancarkan muzik video Beep Beep untuk tatapan para peminat yang sentiasa menyokong perjalanan seni mereka.
MV yang diarahkan oleh Brave Brothers itu dijangka mampu menarik perhatian ribuan peminat muzik K-Pop berdasarkan kepada lagunya yang penuh bertenaga.
Malah kadar tontonan MV tersebut menerusi laman rasmi BTOB di YouTube juga sudah meningkat kepada hampir 210 ribu walaupun baru dua hari dilancarkan.
Komen yang diterima juga cukup positif dan kebanyakan daripada mereka sangat gembira apabila salah seorang ahlinya, Peniel lebih menyerlah kali ini.
Bagi yang sedang bermuram kerana sindrom Monday Blues waktu ini, jom layan MV Beep Beep di bawah bagi membangkitkan semula keceriaan anda. Selamat hari Isnin dan semoga terhibur!