Setelah hampir empat tahun bergelar janda, akhirnya baru-baru ini pelakon jelita, Maya Karin mengakui hatinya kembali dimiliki oleh seorang jejaka yang masih kekal misteri.
Sekitar pertengahan tahun lalu, Maya memberitahu dia sedang menjalinkan hubungan jarak jauh memandangkan kekasihnya itu tidak berada di Malaysia.
Seperti pasangan bercinta yang lain, sudah semestinya Maya menyimpan hasrat untuk berkahwin sekali lagi namun perkara itu tidak akan berlaku dalam waktu terdekat ini.
Tahun 2014 ini saya fokuskan pada kerja dahulu. Saya memang tak nampak apa-apa harapan untuk berkahwin pada tahun ini.
Maya juga menegaskan tidak meletak sebarang jangkaan untuk bergelar isteri sekali lagi dan lebih selesa membiarkan waktu yang menentukan segalanya.
Maya Karin Tak Harap Akan Kahwin Tahun Ini
Maya Karin masih kekal cantik di usia 35 tahun
Insya-Allah kalau ada rezeki mungkin tahun hadapan atau mungkin tahun seterusnya. Saya tak letak target. Saya dah cukup melalui kehidupan untuk sedar yang kita cuma mampu merancang. Sekarang ni saya hanya mahu mengikut arus.
Dalam perkembangan lain, Maya kini sedang sibuk untuk mempersiapkan album terbarunya yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi.
Selain daripada itu, Maya juga akan membuat kemunculan semula di layar perak menerusi filem Sejoli: Misi Cantas Cintas arahan Osman Ali dan digandingkan bersama Bront Palarae sebagai teraju utamanya.
Maya Karin Tak Harap Akan Kahwin Tahun Ini
Maya dan Bront dapat jolokan pasangan sejoli
Maya yang ditemui sewaktu majlis pra-tonton filem berkenaan memberitahu watak Gina yang dibawakannya sangat berbeza dan mencabar dirinya sendiri.
Gina ni seorang yang kelam kabut dan selalu salahkan orang lain. Berbeza sangat dengan karakter saya dan entah macam mana saya jadi terikut-ikut dengan karakter Gina sampai ke luar set hingga terlanggar barang, tertumpahkan minuman ke baju sendiri dan sebagainya.
Yang paling mencabar apabila ada beberapa watak yang memerlukan saya berdialog dengan Azad Jazmin. Kalau saya tak dengar betul-betul apa yang dia cakap, saya memang tak boleh respon seperti yang sepatutnya sebab dia tukar skrip 100%. Tapi Alhamdulillah, saya pun dah boleh menguasai Bahasa Malaysia dengan baik. Jadi tak ada masalah sangat.
Bagi yang rindu untuk menonton lakonan Maya, jangan lupa saksikan Sejoli pada 20 Februari 2014 di pawagam berdekatan,