RABECCA sangat bersyukur kerana hatinya kini sudah terbuka untuk berhijab.



PELAKON Rabecca Nur Al-Islam Ahmad, atau Rabecca Al-Islam pernah dikecam hebat kerana sering berpenampilan seksi. Para peminat kepada aktres yang berusia 28 tahun ini turut membandingkan imej berani wanita itu dengan keindahan namanya yang nyata sangat jauh berlawanan.

Bagaimanapun, usai mengerjakan ibadah umrah pada minggu lalu, Rabecca sekali lagi mengejutkan para peminatnya apabila dia mengambil keputusan mengenakan busana menutup aurat serta mengenakan hijab.

Dia yang pernah popular menerusi drama bersiri Dejavu Di Kinabalu itu mengakui, kini dirinya berasa lebih tenang setelah tampil dengan imej baharu. Ikuti temu bual Kosmo! selanjutnya bersama Rabecca menerusi telefon baru-baru ini.




Tahniah kerana Rabecca tampil dengan imej baharu. Mengapa anda mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya?

Setelah hampir dua minggu berada di Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah, saya berasa kekok jika tidak mengenakan hijab di Kuala Lumpur. Perasaan tenang ketika berada di sana begitu kuat dirasai hingga ke hari ini. Insya-Allah, saya akan terus berpenampilan sebegini sehingga bila-bila.

Bagaimana Rabecca boleh terbuka hati untuk mengerjakan ibadah umrah?

Keluarga sebelah suami merancang untuk ke Mekah secara berkumpulan. Jadi, dia mengajak saya untuk turut serta. Namun, saya agak sibuk dan jadual kerja pula sangat padat. Bagaimanapun, ibu saya yang banyak menggalakkan dan memberi nasihat kepada saya untuk ikut serta bagi mengerjakan ibadah umrah. Katanya, ramai orang yang boleh bercuti ke luar negara tetapi tidak mampu untuk ke Mekah. Menyedari hakikat itu dan peluang yang sudah ada di depan mata, saya pun bersetuju untuk mengikuti rombongan tersebut.

Apakah persediaan Rabecca sebelum menjejakkan kaki ke Mekah?

Saya banyak mengikuti kursus serta membaca buku-buku berkaitan ibadah umrah.
Previous Post Next Post