FILEM: Kami Histeria
BAHASA: Melayu
GENRE: Komedi/seram
TARIKH TAYANGAN: 6 Februari 2014
TERBITAN: RedFilms Dengan Kerjasama Marna Films & Astro Shaw
SKRIP: Rafidah Abdullah
PENGARAH: Shamyl Othman
PELAKON: Nur Fazura, Diana Danielle, Sara Ali, Nad Zainal, Mila Jirin, Umie Omar, Izzue Islam, Afdlin Shauki dan lain-lain.
Jika sebelum ini, produksi RedFilms sering tampil dengan filem-filem dari genre romantik komedi, kali ini produksi milik Lina Tan ini cuba memberikan sesuatu yang lain. Genre komedi seram cuba dipertaruhkan buat pertama kalinya melalui filem ‘Kami Histeria’ yang membariskan pelakon-pelakon seperti Nur Fazura, Diana Danielle, Sara Ali, Nad Zainal, Mila Jirin, Umie Omar, Izzue Islam, Afdlin Shauki dan lain-lain.
Pun begitu, genre komedi seram yang dipersembahkan melalui filem ini ternyata tidak sama dengan filem-filem bergenre serupa sedia ada yang lazimnya tampil dengan pengisian yang agak streotaip. ‘Kami Histeria’ tampil dengan kisah seram yang lebih urban tetapi mampu diterima penonton.
Melalui skrip dan jalan cerita yang berbeza, filem arahan pengarah muda berbakat, Shamyl Othman ini mudah menarik perhatian. Isunya tentang sekumpulan gadis remaja yang sanggup berbuat apa sahaja demi dikenali ramai melalui band muzik mereka. Dari situ, plotnya berkembang dan menjadi cukup menarik pada kesudahannya.
Bertuahnya Shamyl kerana dia turut dibantu oleh keberkesanan lakonan pemain-pemainnya yang sangat jelas tentang peranan masing-masing. Ia mungkin kerana pembahagian watak dan karektor yang bersesuaian mengikut kelebihan pelakon-pelakon yang terlibat. Nad Zainal melalui watak Peanut misalnya begitu mencuri perhatian. Meski tanpa dialog, pelakon ini berjaya mengenalkan karektornya dengan begitu baik sekali. Dan, ia juga berlaku kepada mereka yang lainnya termasuk Fazura yang buat pertama kalinya membawakan watak hantu langsuir, Cik Lang.
‘Kami Histeria’ mengisahkan tentang lima orang gadis remaja iaitu Laila (Diana Danielle), Bad (Sara Ali), Peanut (Nad Zainal), Airin (Mila Jirin) dan Jojo (Umie Omar) mempunyai band mereka sendiri yang diberi nama ‘Kami Histeria’. Mereka bersepakat untuk berpindah ke kediaman baru untuk memudahkan latihan mereka.
Tanpa diketahui mereka, rumah baru mereka itu sering diganggu oleh satu suara misteri. Semasa membuat rakaman lagu terbaru mereka, suara misteri tersebut turut kedengaran dalam rakaman tersebut tanpa sengaja. Setelah mendapat tahu lagu tersebut diminati kerana sumbangan suara misteri tersebut, mereka cuba mencari pemilik suara misteri itu untuk membuat satu perjanjian.
Siapakah pemilik suara misteri tersebut dan apakah isi perjanjian mereka? Dapatkan jawapannya dengan menonton ‘Kami Histeria’ di pawagam yang berdekatan mulai 6 Februari 2014 ini.
PERADUAN
TARIKH TAYANGAN: 5 FEBRUARI 2014
TEMPAT: TGV, KLCC
MASA: 8.00 MALAM
Eksklusif untuk pembaca MH Online, anda berpeluang memenangi 10 pasang tiket untuk menonton filem ‘Kami Histeria’ dengan menjawab tiga soalan mudah di bawah;
1) Sebutkan nama kelima-lima anggota kumpulan 'Kami Histeria'?
2) Namakan watak langsuir yang dipegang oleh Fazura.
3) Siapakah pengarah filem 'Kami Histeria'?
Emelkan penyertaan anda dengan menyertakan butir-butir peribadi (nama/ nombor kad pengenalan/ alamat/ nombor telefon) ke hairulhasraf@gmail.com sebelum jam 3 petang!
* LIKE Facebook 'Kami Histeria' dan FOLLOW Instagram @kamiHisteria sebagai syarat penebusan tiket.
* LIKE Facebook ArtisMeletop dan FOLLOW Twitter @ArtisMeletop
Trailer Filem Kami Histeria
OST Filem Kami Histeria