Pasti, mesti ramai yang sudah mengenali pelakon kacak dari Singapura, Hisyam Hamid. Mestilah ramai yang kenal sebab dia mula popular sejak membintangi drama siri popular di TV3 iaitu Ariana Rose.
Drama bersiri itu bagaimana pun sudah pun melabuhkan tirai menerusi episod akhirnya pada minggu lalu. Meskipun tidak diberikan watak utama, ARTISMELETOP nampak impak pelakon ini kepada drama itu memberi kesan yang mendalam juga. Mungkin kerana rupa parasnya yang kacak.
Memang lah kacak, tapi artismeletop dapat tahu ramai hati wanita di luar sana yang agak kecewa apabila jejaka ini rupanya dah berkahwin dan punya 2 orang anak.
Bila dengar dia sudah berkahwin dan punya anak, ARTISMELETOP tiba-tiba terus teringatkan aktor Aaron Aziz yang kini sudah menapak dan berjaya mengembangkan kariernya di Malaysia.
ARTISMELETOP dengar, Hisyam ni ada ciri-ciri hendak mengikut jejak langkah Aaron apabila menggunakan khidmat isterinya sebagai pengurus dan pembantu peribadinya. Yelah, macam Diyana ( isteri Aaron Aziz) yang menguruskan suaminya.
ARTISMELETOP dengar, sebelum ini dia tidak pernah pula meminta isterinya untuk menjadi pengurus kerjayanya, tetapi bila di Malaysia sahaja dia berbuat demikian. Tapi bagi ARTISMELETOP tak mengapalah, dan apa salahnya mengikut jejak langkah orang yang sudah berjaya.
Namun ARTISMELETOP dapat tahu anaknya, masih tinggal dan bersekolah di Singapura. Hisyam dan isteri katanya terpaksa berulang alik jika perlu memenuhi tawaran lakonan disini.
Nak buat macam mana kan, mungkin itu pengorbanan yang harus dilakukan demi mencari rezeki untuk keluarga. Apa-apa pun, ARTISMELETOP harap pendatang baru ini dapatlah mewarnai industri hiburan tempatan.