Teruja betul menonton Fear Factor Malaysia 2 (FFM2) pada kali ini, Selain amat mendebarkan bermula episod pertama lagi mereka semua perlu melakukan tiga cabaran yang benar-benar memerlukan ketahanan emosi dan mental. Persaingan sihat dikalangan mereka menyaksikan persaingan sengit bagi Kumpulan A untuk bertahan sehingga merebut gelaran juara. Tiga cabaran perlu mereka lakukan iaitu 'Jongkang Jongket Langit', 'Perangkap Tikus' dan 'Jatuh Tergelincir'.
Bagi cabaran pertama Jongkang Jongket menyaksikan pasangan Erin Malek dan Redha telah berjaya mengumpul sebanyak 12 helai bendera. Erin mudah untuk mengimbangkan badan walaupun berada diatas platform yang berketinggian kira kira 30 meter. Untuk cabaran seterusnya, berpihak pada pasangan Norman Hakim dan Zarina apabila berjaya mengeluarkan pasangan dengan paling pantas, bagi cabaran ini mereka perlu memasukkan pasangan ke dalam sebuah bakul yang dipenuhi dengan tikus dan kemudiannya dikunci.
Kemenangan Norman Hakin dan pasangan sekaligus menyaksikan mereka diumumkan sebagai pemenang imuniti manakala Sari Yanti dan Anbia pula di nobatkan sebagai pemenang minggu pertama dan membawa pulang wang berjumlah RM10,000. Pasangan ini berjaya memungut sebanyak lapan helai bendera dengan catatan masa selama 1 minit 50 saat.
Tapi malang bagi pelakon Ungku Ismail apabila pasangannya Fify gagal di pusingan ketiga yang mana para peserta dikehendaki membunyikan hon pada sebuah kereta yang digantung setinggi 30 meter mengikut masa terpantas. Fify dilihat menghadapi masalah gayat apabila berada di atas platform malah teragak agak untuk mengambil bendera Fear Factor.
Dengan kegagalan tersebut sekaligus menyaksikan Aaron Aziz terpaksa menyebut nama mereka sebagai peserta yang tersingkir apabila berada di tangga terbawah. Minggu seterusnya menyaksikan hanya tinggal 15 pasangan akan meneruskan misi untuk bergelar juara FFM 2! Peminat semua jika ingin melihat perkembangan serta video pasangan Fear Factor Malaysia pilihan anda di lawan web rasmi www.fearfactor.com.my.