Fizz dan Almy Nikah 30 Mei



Setelah menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan, akhirnya terjawab sudah tanda tanya mengenai pasangan Fizz Fairus dan Almy Nadia ini. Berita gembira ini telah disampaikan sendiri oleh Fizz yang bakal menikahi Almy pada 30 Mei 2014 bertempat di kampung halaman Almy iaitu di Pulau Pinang. Sehari selepas itu, akan diadakan majlis resepsi iaitu pada 31 Mei 2014 di Hotel Vistana.

Menurut Fizz, majlis resepsi akan diadakan secara sederhana dan pihaknya menjemput semua kaum keluarga selain sahabat handai dan juga rakan media. Ditanya mengenai persiapan hari bahagia tersebut, dia menjawab segalanya berjalan seperti yang dirancang dan kira-kira 70 peratus telah selesai dan hanya menunggu beberapa perkara yang mendatang. Tarikh tersebut juga dipilih adalah kerana pada musim cuti sekolah dan memudahkan semua pihak untuk bersama sama menjayakan majlis tersebut kelak.




Fizz dan Almy telah pun mengikat tali pertunangan pada 22 Oktober tahun lalu sempena tarikh lahirnya. Majlis tersebut hanya dihadiri oleh kaum keluarga yang terdekat selain menghormati permintaan kedua dua belah pihak. Mengenai jumlah wang hantaran, Fizz akan memberikan wang hantaran berjumlah RM20,000 kepada pelakon popular ini.

Majlis resepsi di sebelah Fizz iaitu di Raub Pahang akan dilakukan pada Jun, sementara majlis di Kuala Lumpur masih dalam perancangan. Pasangan yang merancang akan berbulan madu di Maldives ini gembira dan bersyukur dengan segala perancangan yang telah diaturkan dan berharap agar semua peminat mendoakan kebahagian mereka selepas ini. Perkahwinan mereka akan ditaja oleh Lord's Taylor, Habib Jewels dan Refflesia.

Sudah tentu, segala cabaran yang telah ditempuhi mereka berdua selama ini mematangkan lagi perhubungan disamping mengekalkan rasa cinta sehingga ke jinjang pelamin nanti.

ARTISMELETOP: Tahniah Fizz dan Almy!
Previous Post Next Post