Kim Jin Sung Terkilan Dituduh Demand



Baru sahaja menempa nama di Malaysia, pelakon yang yang popular dengan drama bersiri ‘Autumn Di Hatiku’ ini didakwa sudah pandai ‘demand’.

Actor yang berasal dari Korea, Kim Jin Sung didakwa sudah pandai meminta bayaran bagi satu sesi fotografi kepada sebuah majalah hiburan.

Menurut Jin Sung , perkara tersebut terjadi kerana dia tidak pernah tahu bahawa artis di Malaysia tidak dibayar bagi sesi fotografi.

“Ya, saya memang ada minta bayaran daripada majalah tersebut namun apa yang saya minta hanyalah sebagai token penghargaan.

“Secara jujurnya saya memang tidak tahu bahawa artis di negara ini tidak dibayar untuk sesi fotografi kerana kebiasaannya jika di Korea artis akan mendapat bayaran bagi sesi tersebut,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama ‘Autumn Di Hatiku 2’ baru-baru ini.




Pelakon berusia 28 tahun ini turut meluahkan rasa kecewa kerana berita tersebut telah disebarkan tanpa usul periksa.

“Siapa yang sebarkan berita itu? Kenapa tidak bertanya kepada saya dahulu?

“Saya berasa agak terkilan kerana ada pihak yang menuduh saya tanpa bertanya ataupun mengetahui cerita sebenar.

“Selepas ini jika saya menerima tawaran, saya akan lebih berhati-hati dan meneliti setiap tawaran sebelum menerimanya,” ujarnya.

Dibawah video Kim Jin Sung bersama Ezzaty Abdullah bercakap di dalam Bahasa Malaysia



Previous Post Next Post