Lumrah hidup sebagai manusia di dunia ini, siapa yang tak mahu berkahwin, betul tak? Biarpun pernah menghadapi kegagalan dengan perkahwinan terdahulu, pastinya terselit jua perasaan untuk kembali berumahtangga.
Buat aktres yang terkenal dengan watak antagonis, Nabila Huda pula kelihatan seperti sedang merancang untuk ke arah itu apabila berkongsi foto gaun perkahwinan idamannya di Instagram.
Mungkin ada yang belum mengetahui bahawa anak kepada Amy Search ini dikatakan sedang hangat menjalin cinta dengan seorang jejaka namun identiti lelaki itu masih kekal misteri.
Bukan hanya enggan berkongsi dengan media tentang kisah cinta terbarunya, malah Nabila juga tidak pernah memuat naik foto bersama kekasihnya itu di laman sosial.
Namun persoalannya, adakah Nabila sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri sekali lagi selepas bertahun bergelar ibu tunggal? Jika perkara ini benar, semoga Nabila kekal bahagia dengan perkahwinan kali ini.
Untuk makluman anda, Nabila dan bekas suaminya, Zaidy Zailani bercerai dengan talak satu pada bulan November 2011 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Keisha Laila.