SHAH ALAM 8 Feb. - Persembahan yang menarik dan bersahaja, melayakkan kumpulan Sepahtu dijulang sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2013.
Kumpulan yang dianggotai Jepp, Rahim dan Shuib itu berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM500,000 dan trofi dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Stadium Malawati di sini malam tadi.
Gelaran naib juara pula menjadi milik kumpulan Shiro diikuti Bocey yang terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.
Sementara itu, tempat keempat dimenangi kumpulan Jambu manakala Nabil berada di tempat ke lima.