Zizan Razak: Akui Emma datang rumah



KUALA LUMPUR 9 Feb. - Pelakon dan pengacara Zizan Razak, 30, mengaku yang pelakon Emma Maembong pernah datang ke rumahnya.

Zizan berkata, Emma hanya akan datang tatkala ibu bapanya berada di rumah.

"Ya, saya tak nafi yang Emma pernah berkunjung ke rumah saya.

Dia (Emma) akan datang waktu ibu bapa saya berada di rumah," katanya yang ditemui selepas majlis Anugerah Meletop Era di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini semalam.

Zizan mengulas gosip yang mendakwa dia bersekedudukan dengan Emma. - UTUSAN


Previous Post Next Post