Bienda mengandung anak kedua



Ketika penyanyi Bienda yang kini bergelar penyampai radio sambilan KLFM bertugas pada satu pagi dengan nada teruja dia beritahu pendengar yang sedang hamil anak kedua.

Dari nada suaranya jelas yang dia amat gembira untuk menyambut kelahiran anak kedua selepas Lavienda Namiraz Kamarul Zariman yang kini berusia dua tahun. 

Ketika rakan SS menghubunginya untuk mendapatkan pengesahan berita itu, dia bersama suami dan keluarga mentuanya sedang bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu. 

Menurutnya, dia sebenarnya sudah lama merancang untuk pergi bercuti dan menyelam (diving) bagi melihat keindahan terumbu karang di situ. Bagaimanapun dua minggu sebelum tarikh itu, dia mengalami muntah yang agak teruk.






Mulanya Bienda sangka kerana cuaca yang tak menentu. Dalam pada itu dia suaminya membuat ujian kehamilan dan mendapati hasilnya positif dan apabila berjumpa doktor, dia disahkan hamil dua bulan.


Disebabkan keadaannya ini, Bienda tidak jadi meneruskan aktiviti menyelam dan hanya bersantai menikmati keindahan Pulau Perhentian.

Dia tidak kecewa kerana keadaan kandungannya lebih penting. Lagipun yang penting matlamatnya ke situ adalah untuk berehat. 

Dia yang juga minat berniaga, beritahu yang dia kini sedang rancak mengusahakan bisnes tudung berjenama sendiri, Bl By Bienda Lavienda. 

Usaha yang dimulakan secara serius sejak tiga bulan lalu menerusi laman sosial Facebook dan Instagram mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan. 

Bagaimanapun, minatnya dalam seni masih menyala dan dia dalam perancangan untuk menghasilkan ‘single’ terbaru bersama Jipie daripada kumpulan Pesawat. 

Dia tetap akan merakamkan lagu biarpun sarat mengandung kerana impian ini sudah lama dipendam. 

ARTISMELETOP: Teruja nak mendengar khabar gembira daripada rakan media yang melangsungkan perkahwinan baru-baru ini.

Previous Post Next Post