DJ Fuzz Teruja Bergelar Bapa



Tahniah diucapkan kepada DJ Fuzz kerana telah bergelar seorang bapa pada 4 Mac 2014. Sempat menemual Fuzz, bayi lelaki yang diberi nama Mahmoud Jordan Emir telah selamat dilahirkan secara normal tepat jam 12:10 tengahari bertempat di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Menurut Fuzz kedua-dua orang tersayang iaitu isteri dan anaknya turut berada didalam keadaan yang sihat.

Fuzz yang cukup teruja dengan kelahiran putera sulungnya itu turut memuat naik gambar si comel yang dilahirkan seberat 3.08kg di Instagram dan Facebook. Mendapat ucapan tahniah dari para peminat dan rakan taulan, Fuzz melahirkan rasa syukur dan sangat gembira dengan kurniaan Ilahi yang ditunggu-tunggu selama ini.




Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Fuzz dan isterinya, Jaja dengan kelahiran Mahmoud Jordan Emir. Tengok pada gambar yang diberi, muka anaknya tidak tumpah lebih kepada ibunya dan peminat-peminat di laman sosial sudah menggelarkan anaknya itu sebagai DJ Fuzz Junior!
Previous Post Next Post