Juara AF Vince Chong Kahwini Pramugari Mas 8 Mac Lalu



Biarpun ARTISMELETOP terasa sedih memikirkan nasib juruterbang, anak-anak kapal serta penumpang-penumpang pesawat #MH370 yang masih lagu belum ditemui hingga sekarang, namun ianya sedikit terubat apabila mengetahui tentang perkembangan terbaru tentang Vince Chong.

Daripada sumber yang boleh dipercayai, Vince Chong yang juga juara Akademi Fantasia Musim pertama ini sudah pun berkahwin dengan seorang pramugari MAS kelahiran Sabah bernama Fiona pada Sabtu lalu bersamaan dengan 8 Mac 2014.

Majlis perkahwinan yang berlangsung pada hari yang sama dengan kehilangan pesawat #MH370 itu telah dilakukan di sebuah rumah berbentuk kabin Janda Baik, Pahang.




Khabarnya, majlsi kahwin tersebut telah dilakukan secara kecil-kecilan sahaja yang mana ia turut diraikan kira-kira 130 orang yang terdiri daripada kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Bagi pihak portal ARTISMELETOP, ARTISMELETOP ingin mengucapkan tahniah buat Vince Chong dan pasangannya. Semoga, mereka akan hidup bahagia hingga ke hujung nyawa.

ARTISMELETOP: BOIKOT teater Projek Kahwin sebab ada Hanez Suraya.
Previous Post Next Post