Fouziah Gous Nafi Ganti Neelofa



Pelakon Fouziah Gous, baru-baru ini memuat naik beberapa gambar di akaun Instagramnya seakan-akan dia merupakan pengacara baru program Nona menggantikan Neelofa. Ketika dihubungi ARTISMELETOP, Fouziah menjelaskan dia hanya ditawarkan menjadi pengacara jemputan untuk satu episod sahaja.

“Saya harap peminat tak bangkitkan isu ini kerana saya hanya dijemput menjadi pengacara untuk satu episod. Tiada apa yang perlu diperbesarkan kerana fokus utama saya adalah berlakon. Saya terima tawaran daripada pihak produksi Nona semata-mata untuk timba pengalaman,” kata Fouziah menjelaskan pada awalnya dia tidak yakin untuk menerima tawaran tersebut.



“Saya tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang pengacaraan. Lebih-lebih lagi program Nona merupakan satu rancangan berinformasi. Apabila ditawarkan, saya agak ragu-ragu tapi saya cuba juga. Saya harap peminat tidak menjangka sesuatu yang lebih daripada saya kerana ini merupakan percubaan pertama saya sebagai pengacara,” ujar pelakon ini lagi.




Berkongsi pengalamannya sebagai pengacara jemputan, Fouziah memberitahu banyak ilmu yang dipelajarinya sepanjang tempoh penggambaran terutama tentang isu semasa.

“Pengacaraan merupakan sesuatu yang saya tak pernah cuba. Banyak yang saya pelajari tentang ‘camera angle’ dan paling penting sekali tentang isu semasa. Tapi Alhamdulillah pihak produksi dan Fara Fauzana banyak membantu saya,” ujar Fouziah.

Dalam perkembangan lain, Fouziah kini sedang menjalani penggambaran drama berjudul ‘Mencari Cinta’ untuk slot Samarinda, TV3.

Neelofa Akui Perbaharui Kontrak

Sementara itu, Neelofa mengesahkan dia masih bertanggungjawab menerajui musim terbaru program tersebut bersama Fara Fauzana. Kata Neelofa, ura-ura mengatakan dia enggan meneruskan kontrak dengan Nona gara-gara wajahnya jarang dilihat dalam program tersebut adalah tidak benar.

“Saya masih pengacara Nona dan baru saja tandatangan kontrak bersama Nona. Isu yang mengatakan saya enggan menjadi pengacara program tersebut tidak benar sama sekali,” katanya ketika dihubungi.

ARTISMELETOP: Tak suka sangat bila Neelofa dan Farah Fauzana mengacara Nona. Kena cari pengganti yang benar-benar sesuai.
Previous Post Next Post