Jung Yong Hwa bersih nama



Ketua kumpulan CNBLUE, Jung Yong Hwa cuba membersihkan namanya apabila dikatakan bercinta dengan aktres Park Shin Hye dan anggota kumpulan Girls’ Generation, Seohyun.

Yong Hwa menjelaskan, Shin Hye hanya kawan baik dan pelakon itu sering menonton konsert CNBLUE. “Pernah dia datang ke konsert dan kebetulan ketika itu ibu saya ada. Mereka bertegur sapa tetapi orang ramai mula reka cerita Shin Hye rapat dengan keluarga saya.

“Kami rapat tetapi disebabkan gosip ini saya tidak dapat menunjukkan persahabatan kami lagi,” kata Yong Hwa. Yong Hwa turut ditanya bagaimana perasaannya apabila Shin Hye dan Min Ho bercium dalam drama remaja The Heirs. “Saya tidak menonton drama itu,” jawab Yong Hwa ringkas.




Yong Hwa turut menafikan dakwaan dia bercinta dengan Seohyun, pasangannya dalam We Got Married. Gosip itu timbul selepas mereka dikatakan tinggal di vila sama dan pernah dilihat menaiki kenderaan bersama-sama.

“Kami memang tinggal dalam komuniti vila sama, cuma berbeza bangunan. Kami juga pernah naik van bersama-sama tetapi secara tidak sengaja. “Nombor plat van Girls’ Generation dan saya hampir sama, sebab itu saya tersalah masuk,” jawab Yong Hwa tenang.
Previous Post Next Post